
oleh Pedang Deen
Jalan yang Lurus, jalan yang satu???
Aku nak bawa kita semua untuk berfikir sejenak perihal claim oleh sesiapa pun kononnya hanya ada satu kebenaran mutlak, yang konon digembargemburkan terutamanya agama abrahamic, yakni Islam, Kristian dan Yahudi, tidak kisah lah dari mazhab mana sekalipun
Dan aku nak khususkan terutama dalam manhaj islam memandangkan aku adalah background Islam
Pertama, ramai dari kita telah menterjemahkan maksud sirot mustaqim dalam alfatihah membawa maksud “jalan yang lurus” dan pengkhususannya adalah menurut ahli sunnah wal jamaah, adakah ia benar?
Menurut sorof, mustaqim adalah dari kata dasar ق و م , yang mana secara harfiahnya membawa maksud membangkitkan, dirikan, tegakkan dan yang seertinya, sepertimana maksud qiyam yakni bangun berdiri. Secara kesimpulannya, suatu yang dibangunkan adalah membawa maksud kepada kata dasar ini
Selebihmya, secrara sorof, mustaqim adalah kata dasar maskulin, dan merupakan kata pelaku aktif
Makanya, sirot mustaqim lebih sesuai dimaknakan sebagai “jalan berpanduan yang membangun” asbab sirot adalah merujuk kepada jalan “ilmu” (3 perkataan disandarkan kepada semakna dengan jalan yakni sirot, toriq dan sabil, tolak tepi dulu perihal 3 perkataan ni)
Secara realitynya, tiada kebenaran mutlak yang mampu disandarkan kepada manusia, kerana kebenaran mutlak hanyalah disandarkan kepada “hukum kehidupan” itu sendiri, kerana setiap manusia mempunyai kebenaran memasing, kerana manusia ini bukanlah binary, tetapi lebih kepada “adapt” ataupun adaptasi
Jadi bagaimana dengan hadis yang “kononnya” kebenaran hanya ada pada ahli sunnah wal jamaah?
Ramai orang tidak perasan akan perihal ini kerana mereka tidak mengkaji sendiri hadis yang mereka percaya, dan disandarkan kepada mereka secara fallacy
أَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ: ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ، وَهِيَ الْجَمَاعَةُ
Maksudnya: “Ketahuilah sesungguhnya golongan ahli kitab sebelum daripada kamu berpecah kepada 72 atau 73 golongan. Dan golongan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 golongan. 2 golongan akan ke neraka dan satu golongan akan ke syurga iaitu al-Jemaah.” [Riwayat Abu Daud]
Dalam hadis ini, yang disebut adalah Al “jamaah”, tetapi ahli sunnah tetap mahu kata mereka adalah dari golongan itu kerana mereka tahu al jamaah adalah sebenarnya “Himpunan” atau “gabungan” kepada “millah”, dan sudah pasti berkait dengan millah abraham, jika berdasarkan konteks hadis tersebut dan dikaitkan dengan ayat quran
Itulah hakikinya, tetapi mereka menyandarkan ahli sunnah wal jamaah, bagi membenarkan jemaah mereka paling benar, hanya kerana perkataan jemaah diletakkan selepas perkataan sunnah
Itu belum lagi dibahaskan apakah itu sunnah dan apakah yang dimaksudkan jamaah dengan lebih terperinci
Maka kesimpulannya, bagaimana kita begitu yakin bahawa kitalah yang paling benar, sedangkan perihal flat earth dan sphere earth contohnya, memasing guna dalil yang sama(yakni alquran) pun masih tiada kesudahan perbalahannya dan perdebatannya?
Apakah sebenarnya manusia ini perlu berlandaskan suatu yang stagnant, tidak mahukan sesuatu yang boleh membangunkan diri sendiri dan kehidupan amnya, hanya kerana dengan satu jenis suruhan yang datangnya dari ajaran “nenek moyang” kita?
Leave a Reply