Siapakah Al-Yahuda & An-Nasoro dari Al-Quran

oleh Pro Bacaan

Hampir universal pemahaman-pemahan kalimah ‘al-yahuda’ dan ‘an-nasoro’ dalam dunia Islam iaitu agama-agama Yahudi dan Nasrani. Tapi bagaimana kalau kita menganalisa Al-Quran

5:18.

وَقَالَتِ ٱلۡیَهُودُ وَٱلنَّصَـٰرَىٰ نَحۡنُ أَبۡنَـٰۤؤُا۟ ٱللَّهِ وَأَحِبَّـٰۤؤُهُۥۚ قُلۡ فَلِمَ یُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُمۖ بَلۡ أَنتُم بَشَرࣱ مِّمَّنۡ خَلَقَۚ یَغۡفِرُ لِمَن یَشَاۤءُ وَیُعَذِّبُ مَن یَشَاۤءُۚ وَلِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَیۡنَهُمَاۖ وَإِلَیۡهِ ٱلۡمَصِیرُ ۝

Dan berkata mereka yang mendakwa sebagai *Pengikut-Pengikut Tuhan (Yahuda) – ٱلۡیَهُودُ,* dan mereka yang mendakwa sebagai *Pembantu-Pembantu Nabi (Nasoro) – ٱلنَّصَـٰرَىٰ,* *“Kami adalah anak-anak Allah,* dan *kekasih-kekasih-Nya.”* Katakanlah, “Mengapa pula Dia azab kamu kerana kesalahan-kesalahan kamu? Tidak, kamu adalah makhluk daripada ciptaanNya; Dia ampun siapa Dia hendaki, dan Dia azab siapa Dia hendaki.” Kerana kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa di antara keduanya; kepadanya kepulangan.

Bukankah sekarang ini kita dapat melihat begitu ramai yang menjelmakan diri sebagai pengikut-pengikut tuhan tetapi begitu kuat waswas mereka terhadap Tuhan Yang Esa bila mereka memperlekehkan ke ‘KARIMan’ (KEMULIAAN AL-QUR’AN)?

Begitu juga mereka yang mendakwa kononnya mereka adalah penolong-penolong Nabi dengan mengangkat hadis-hadis yang mereka dakwa dari mulut Nabi sendiri walhal amat sarat dengan pertentangannya dengan Al-Qur’an.

Dan mereka-mereka ini akan mengangkat sesama mereka sendiri dengan pelbagai gelaran yang muluk-muluk bagi menarik rasa kagum & hormat orang awam terhadap diri sesama mereka dengan mencipta satu SOP yang mereka iktiraf. Gelaran ulama’ misalnya telah lama mereka eksploit dengan cara yang salah agar mereka dapat terus berpaut dengan istilah ini dan pada masa yang sama dapat menghalang serta menutup mulut & minda mereka yang cuba pertikai kejanggalan-kejanggalan serta kebengkokan(penyelewengan) yang mereka lakukan dan amalkan.

Bagi saya sifat yahuda & nasaro ini juga begitu sebati dengan mereka yang mendakwa sebagai “ulama’ agama”.

5:51.

۞ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰۤ أَوۡلِیَاۤءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ بَعۡضࣲۚ وَمَن یَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِینَ ۝

Wahai orang-orang beriman (yang endahkan peringatan), jangan ambil mereka yang mendakwa sebagai Pengikut-Pengikut Tuhan (ٱلۡیَهُودَ – Yahudi) dan mereka yang mendakwa sebagai Pembantu-Pembantu Nabi (ٱلنَّصَـٰرَىٰۤ – Nasrani) sebagai wali (sahabat); mereka adalah wali-wali satu sama lain. Sesiapa antara kamu yang jadikan mereka sahabat-sahabat- nya adalah daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

2:113.

وَقَالَتِ ٱلۡیَهُودُ لَیۡسَتِ ٱلنَّصَـٰرَىٰ عَلَىٰ شَیۡءࣲ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَىٰ لَیۡسَتِ ٱلۡیَهُودُ عَلَىٰ شَیۡءࣲ وَهُمۡ یَتۡلُونَ ٱلۡكِتَـٰبَۗ كَذَ ٰ⁠لِكَ قَالَ ٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَ مِثۡلَ قَوۡلِهِمۡۚ فَٱللَّهُ یَحۡكُمُ بَیۡنَهُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ فِیمَا كَانُوا۟ فِیهِ یَخۡتَلِفُونَ ۝

Orang-orang yang mendakwa sebagai Pengikut-Pengikut Tuhan(ٱلۡیَهُودُ – AlYahudu) berkata, *”Orang-orang yang mendakwa diri sebagai Penolong-penolong Nabi(ٱلنَّصَـٰرَىٰ – An-Nasoro)* tiada sesuatu”, dan orang-orang An-Nasoro berkata, *”Orang-orang Al-Yahudu* tiada sesuatu”; dan *mereka membaca peraturan(Kitab) mereka.* *Demikian juga orang-orang yang tidak mengetahui berkata, serupa dengan ucapan mereka.* Allah akan menghakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.

Perhatikan “Demikian juga orang-orang yang tidak mengetahui berkata, serupa dengan ucapan mereka”.

Semakin ramai manusia nampaknya menjadi “Pak Sambut” malah reaksi mereka lebih ganas dari mereka yang mengangkat sesama sendiri sebagai so call ulama’. Saya amat perasan (notice) akhir-akhir ini tentang sikap ini di kalangan mereka yang merasakan kurang memberi perhatian kepada anutan mereka, tetapi untuk di lihat yang mereka juga perihatin terhadap anutan mereka, maka reaksi yang mereka pertontonkan adalah “over acting”… Ia hanyalah kosmetik yang superficial pada saya dan sebagai satu temporary escapism sahaja. AlLahuA’laam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*