
Sebagai anak perantauan yang sentiasa menyantuni dunia Malaysia, saya mempunyai ribuan kenalan yang belum pernah saya jumpa. Salah seorang daripada mereka is ialah Saudara Benz Ali. Sekitar sepuluh tahun dulu, saya terserempak dengan videonya, Lepak Maqasid, di mana dia dengan berani mempersoalkan beberapa kepercayaan yang lazimnya dipegang MIM (Melayu Islam Malaysia).
Tatkala itu juga, dia menulis bukunya yang agak terkenal iaitu Antithesis. Saya belum pernah membaca buku ini sehingga sekarang. Ringkasnya, ia adalah nukilan pemikiran Benz Ali. Kalau ikut teori kedunian (world-hood) dari Martin Heidegger, Benz adalah seorang insan yang telah mengatasi situasi keduniaannya (thrown-ness) dan mencapai kewujudan asli (authentic Being).
Ya, dia lelaki, Melayu, Islam dan mungkin mendapati pendidikan ortodoks tetapi paradigma pemikirannya telah mengatasi batasan yang dikenakan oleh masyarakat. Dalam nukilan ‘Antithesis’, saya dapat lihat bagaimana dia menggunakan ‘common sense’ untuk mempersoalkan apa yang kita ambil sambil lewa saja.
Contohnya, analisa dia mengenai perniagaan agama. Dia tiada masalah dengam mengupah orang untuk menyelenggara masjid, termasuk menjadi imam kerana ia satu keperluan praktikal, tetapi amat menentang amalan mengundang imam-imam selebriti yang mengenakan bayaran untuk sembahyang dan berselawat bersama mereka. Ini adalah pandangan yang kritis dan bukan ‘binary’ (hitam putih).
Benz juga menampakkan pengalamannya di sini sebagai seorang aktivis. Aktivis ini lain daripada agamawan kerana tujuan aktivis ialah matlamat tertentu dalam masyarakat walhal agamawan ialah orang yang mengajar atau mencoretkan agama sebagai karier. Kalau tak ada duit, maka tiadalah agamawan. Aktivis tidak semacam mereka dan coretan Benz Ali terlibat dalam dunia aktivisme amatlah ‘real’, yang saya kecapi.
Sifat aktivis ini juga bermanifestasi dalam pendapat Benz Ali. Seperti isu Syiah di Malaysia. Kalau Malaysia dapat menerima semua agama lain, kenapa tidak Syiah yang memang diperakui Islam sepanjang sejarah Islam? Adakah kerana dengan kenaikkan aliran ini, aliran dominan akan terancam?
Saya amatlah rekomen buku ‘Antithesis’ kepada sesiapa yang mahu mengungkap dunia aktivisme dan pemikiran di Malaysia. Ia mudah dibaca dan amatlah menghiburkan juga.
Benz Ali seorang tauke buku. Kedainya, Toko Buku Rakyat mengandungi pelbagai tajuk yang amat menarik termasuklah siri ‘Untuk Pemula’. Saya yakin, pada satu hari nanti, akan ada ‘Benz Ali Untuk Pemula’ juga!
Beli buku ini di: https://fixi.com.my/produk/antithesis
Leave a Reply