Adakah Berhala itu Fizikal?

oleh Pedang Deen

Berhala itu fizikal ? 

BAB 1

Berhala adalah perkataan yang sering mendapat perhatian di seluruh aliran ketuhanan, terutamanya agama abrahamic. 

Secara “inductive definition”, berhala adalah bertuhankan selain Tuhan yang benar. Kita tolak tepi dulu definisi yang “sepatutnya” menurut agama memasing, kerana setiap agama akan berkata Tuhan mereka lah yang benar 

Memandangkan aku adalah background agama islam, maka aku akan kupaskan dari sudut agama islam

Berhala ataupun idol, jika secara harfiah adalah berbeza dari sudut Bahasa, di mana berhala sebenarnya adalah dari perkataan “hala” , yakni suatu yang “bertujuan” khusus, manakala idol pula merupakan suatu yang “ditaksub” , jika kita gabungkan keduanya, maka kita akan dapati, berhala merupakan suatu yang “halatuju ke arah taksub” . apakah ini benar ? 

Di dalam alquran, perkataan berhala yang pertama timbul adalah di dalam surah an-nisa, 4:117, dan benda ini adalah suatu yang menarik untuk diambil perhatian 

اِنْ يَّدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِهٖٓ اِلَّآ اِنَاثًاۚ وَاِنْ يَّدْعُوْنَ اِلَّا شَيْطٰنًا مَّرِيْدًاۙ

Yang mereka sembah selain Allah itu tidak lain hanyalah berhala, dan mereka tidak lain hanyalah menyembah setan yang durhaka

Yang mana dhomir/ganti diri kepada “yang mereka sembah” itu adalah merujuk kepada mereka yang telah “mensyirikkan Allah”, yang ini kita tolak tepi dahulu kerana bab syirik ini luas (antaranya adalah syirik khafi dan syirik jalli)

Jika kita merujuk kepada tafsir ibnu katsir 

وَقَالَ جُوَيْبر عَنِ الضَّحَّاكِ فِي [قَوْلِهِ] (٦) {إِنْ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ إِلا إِنَاثًا} قَالَ الْمُشْرِكُونَ: إِنَّ الْمَلَائِكَةَ بَنَاتُ اللَّهِ، وَإِنَّمَا نَعْبُدُهُمْ لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى، قَالَ: اتَّخَذُوهَا أَرْبَابًا وَصَوَّرُوهُنَّ صُوَرَ الْجَوَارِي، فَحَكَمُوا 

mafhumnya : 

Juwaibar mengatakan dari adh-Dhahhak tentang ayat ini (Yang mereka sembah selain Allah itu tidak lain hanyalah berhala/ اِنْ يَّدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِهٖٓ اِلَّآ اِنَاثًاۚ ): “Orang-orang musyrik berkata bahwa Malaikat adalah anak-anak perempuan Allah. Kami beribadah kepada mereka hanya sebagai perantara agar mereka mendekatkan diri kami kepada Allah. Lalu mereka menjadikannya sebagai rabb-rabb dan mengilustrasikaniya dengan wanita.”

Maka , menariknya disini adalah, berhala yang disebutkan adalah bersifat keperempuanan, dan ia selari dengan makna harfiah اِنَاثًاۚ yakni dari kata dasar أ ن ث juga secara umumnya bermaksud perempuan 

Makanya apakah yang dimaksudkan berhala bersifat perempuan, ataupun secara saintifiknya disebut bersifat feminin ? 

Jika kita telusuri sejarah, berhala utama yang popular dikalangan bangsa arab bukanlah mereka sembah “patung” berhala, tetapi mereka men”Tuhan”kan sifat2 “malaikat Tuhan” didalam kehidupan mereka seharian. Dan sudah pasti, hampir semua umat islam mengenal dengan 3 nama ini , yakni 

AL LAT, AL UZZA dan AL MANAT 

Tiga nama ini ada disebutkan di dalam alquran, tetapi tidak diperincikan melainkan seperti di dalam Riwayat Bukhari yang menyatakan Manat adalah berhala yang disembah di sebuah tempat yang dipanggil Mushallal/الْمُشَلَّلِ (jika diperhujjahkan hadis ini juga sebenarnya bukanlah merujuk kepada patung) , makanya perlulah kita melihat dari sumber lain yakni melalui perkhabaran sejarah

Lakaran yang popular adalah seperti yang dilampirkan dalam posting ini, yang mana setiap gambaran adalah merujuk kepada sifat2 yang tertentu. Menurut satu sumber, berikut adalah kriteria setiap nama

Aluzza : the strong one (Paling Berkuasa), Goddess of the morning and evening star(Tuhan bintang pagi dan petang) , “Love and War Goddess”(Tuhan cinta dan perang)

Al Lat : Aphrodite (beauty/pleasure) (kecantikan/kenikmatan) , Prosperity (kemakmuran), fertility (kesuburan)

Al Manat : Fate (nasib/takdir), destruction(kehancuran), Doom (malapetaka)

Menurut penemuan oleh ahli sejarawan di atas (boleh dikongsikan maklumat lain jika ada dapatan lain untuk makna kepada setiap nama, kerana fokus aku adalah ia akan dikaitkan dengan dalil tulisan yang lain kelak), kesimpulan yang boleh dibuat adalah berhala bukanlah merujuk kepada sesuatu yang fizikal sembahan , tetapi ia merujuk kepada suatu sifat yang menghasilkan “kesan” kepada zahiriah dan batiniah kemanusiaan itu sendiri. Sepertimana kita memahami suatu logo, yang mana memberi makna tersendiri pada setiap “simbol” yang ada pada logo tersebut.

Dan jika menurut sejarah yang diriwayatkan oleh umat islam sekalipun, umat jahiliyyah memang kehidupannya adalah berlandaskan sifat2 seperti di atas, seperti cintakan perkauman, nafsu serakah, kemewahan dan kenamaan dan sebagainya. 

Jadi apakah sebenarnya berhala yang mahu ditekankan itu suatu yang dipatungkan atau diukir untuk sembahan ? ataupun sebenarnya suatu sifat yang di”idol”kan sehingga terciptanya “pelbagai” kesan lain ? bukankah itu sebenarnya untuk membenarkan kiasan antara umat jahiliyah dan “ummatan wasato” ?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*