Benarkah Al-Quran Mustahil Diimani Tanpa Hadis?

Hari ini, saya terkilan kerana meme saya telah dikongsi bersama satu komentar. Bukan terkilan sebab apa – saya dah memang biasa dikritik – tapi kerana komentar itu telah memaparkan mentaliti yang amat naif terhadap isikandung Al-Quran. Ia menyedihkan kerana pendidikan agama Islam disekolah semakin ditambah masanya tapi mentaliti begini tetap wujud.

Komentar itu mengatakan:

“Tanpa hadis bagaimanakah golongan anti hadis boleh menerima dan mempercayai Quran ? Hakikatnya sama ada mereka sedar atau tak sedar, mereka menerima dan percaya Quran adalah melalui saluran hadis. Aku katakan, tanpa hadis, Quran takkan pernah sampai ke tangan golongan anti hadis dan mereka takkan pernah percaya Quran itu adalah buku dari tuhan”

Secara ringkas, dia mengatakan yang adalah mustahil kita mempercayai Al-Quran tanpa Hadis. Saya pulak berkata yang sebaliknya – bahawa jika kita mempercayai Hadis, adalah mustahil kita mempercayai Al-Quran!

Mengapa pulak demikian? Kerana dalam kitab-kitab Hadis ada maklumat yang mencadangkan bahawa ada ayat yang tiada dan kemungkinan ayat dibuat-buat! Contohnya:

1. Umar ibn Al-Khattab mengatakan yang ayat menyuruh hukuman rejam ‘dilupakan’! Walaupun ia tuntutan dalam kitab Tuhan tapi ia tiada! (sila lihat rujukan 1)

2. Surah Al-Ahzaab dulunya sama panjangnya dengan Al-Baqarah (286 ayat) tetapi sekarang hanya mempunyai 73 ayat! (sila lihat rujukan 2)

3. Ada ‘ayat’ tetang lembah anak adam dan Ibn Abbas (yang dikatakan Nabi sendiri sebagai pakar tafsir) tidak tahu kalau ‘ayat’ ini benar-benar dari Al-Quran atau tidak! (sila lihat rujukan 3)

Belum lagi kita masuk cerita Ubayy ibn Ka’b yang telah sangsi kepada bacaan lain Al-Quran sehingga Nabi terpaksa  mencucuk dadanya untuk ‘menghilangkan’ kesangsian itu. (sila lihat rujukan 4)

Adakah Hadis sengaja dicipta untuk mengsangsikan kita kepada Al-Quran?

Berbalik kita kepada komentar di atas. Dia tertanya, bagaimanakah kita boleh mengimani Al-Quran tanpa Hadis? Sebenarnya, Al-Quran memberi kita satu sistem di mana kita boleh mengalami process kepada keimanan. Prinsipnya ‘qira’atul quran wa ka’annama wajadathu al’an’ iaitu ‘pembacaan Al-Quran seakan-akan baru saja dijumpai’. Maka sesiapa sahaja boleh mengimani jika dia paham isikandungnya dan dapat melihat ayat-ayat dalam kewujudannya.

Processnya adalah begini:

1. Menemui Al-Quran dalam hidup. Tidak kira di mana, dari kedai buku atau diwarisi keluarga. Al-Quran yang jelas dan terang adalah dhikr yang sentiasa ulangi (15/9 , 36/69).

2. Memahami klaim Al-Quran. Ia memberitahu kita bukan sekali malah berpuluh kali tentang asal-usulnya. Satu daripada ayatnya ialah 10/37:

Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan apa di antara kedua tangannya dan membutirkan sistem itu. Tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Akan tetapi, yang di atas hanyalah klaim. Sebagai orang yang rasional, kita tidak harus mempercayai klaim tanpa bukti. Al-Quran mempunyai ujian yang dianjurkan kepada kita untuk menguji klaim demikian. Ayatnya 41/53:

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di ufuk-ufuk dan di dalam jiwa-jiwa mereka sehingga ternyata jelas kepada mereka BAHAWA SESUNGGUHNYA IA ADALAH AL HA                          . Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Maka ayat-ayat dalam Quran akan bermanifestasi dalam ‘human experience’ kita. Kita tak dapat lari daripada realiti kewujudan yang ia ceritakan. Inilah hakikat yang mengisyaratkan kepada kita tentang asal-usul Al-Quran iaitu Tuhan.

Rujukan:

1. https://sunnah.com/bulugh/10/5

2. https://islamqa.info/en/answers/197942/soorat-al-ahzaab-was-as-long-as-soorat-al-baqarah-then-most-of-it-was-abrogated

3. https://sunnah.com/muslim:1049

4. https://sunnah.com/muslim:820a

About Farouk Peru 14 Articles
Editor dan penulis utama Wacana Pemikir Jaringan Quranis Bersatu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*