Al-Quran: Satu Penilaian Semula (Bhg 4: Kritikan Terhadap Naratif Penurunan Teks)

Bhg 4 – Mengapa Saya Menolak Teori Al-Quran dari Islam Tradisional: Cerita Latar Belakang Naratif Al-Quran

“Kenapa kamu nak pandai-pandai cipta teori sendiri padahal para ulamak telah mengajar cara pembacaan dan pentafsiran Al-Quran yang daripada Nabi Muhammad selama 1500 tahun!”

Inilah adalah bantahan yang saya kerap terima dari para penganut Islam Tradisional (4S – Sunni, Syiah, Salafi, Sufi). Poin yang diberi di atas bukan tidak logikal. Kalau ia benar, sebagai penerima Al-Quran yang pertama, maka Muhammad ibn Abdullah adalah orang pertama memahami dan mentafsirkan teks ini. Sekurang-kurangnya, pandangannya patut difikirkan dengan teliti.

Tetapi sebelum kita meneliti fahaman dan tafsir yang kononnya dari Nabi, kita mesti menganalisa cerita latar belakang naratif Al-Quran sendiri. Analisa ini menyoal pensejarahan (historicization) kitab ini. Dewasa ini, kita sering mendengar pengkritik Islam bertanya tentang cerita latar belakang bagaimana Muhammad menerima Al-Quran. Apakah simtom yang dialaminya dan respon yang diberinya ketika penerimaan itu dan sebagainya.

Saya sebenarnya telah berhadapan dengan persoalan-persoalan ini pada tahun 1996 dulu semasa saya membaca novel kontroversi, The Satanic Verses karangan Sir Salman Rushdie. Ia memaparkan cerita penerimaan wahyu Nabi Muhammad dengan penuh parodi. Novel ini telah menterbalikkan naratif Sirah dan menimbulkan banyak tanda tanya akan kesahihan cerita latar belakang Al-Quran dan keasliannya sebagai wahyu. Dan bukan mudah kita hendak menangkis kritikan ini. Walaupun ia parodi, ia berdasarkan cerita yang terdapat Sirah Nabawiyah sendiri.

Teknik analisa saya pada masa itu adalah teknik ‘tawajjud (existentialisation)’. Ia seperti teknik saya sekarang juga. Namun,pada masa itu, saya belum mencipta terma itu. Saya hanya membayangkan bagaimana kita dapat mengetahui sama ada sejarah ini benar atau tidak.

Teknik ini melibatkan ‘pengkinian’ (presentisation) iaitu membayangkan diri kita hidup pada zaman itu. Apakah respon kita kepada situasi itu jika kita wujud pada zaman penurunan Al-Quran? Teknik ini akan mengeluarkan apa saja emosi yang diwarisi kerana pada masa itu, belum ada apa-apa lagi sentimen daripada fenomena tersebut. Hanya dengan peredaran masa, ia akan menjadi satu objek yang menimbulkan perasaan yang diwarisi. Ini dapat dibuktikan bila kita memikirkan tentang respon Muslimeen terhadap pembakaran mushaf Al-Quran. Walaupun mereka mungkin tidak memahami maksud teks, namun emosi mereka menjulang dan mereka mengamuk dan merosakkan harta benda awam.

Maka, dalam kes ini, kita sepatutnya bertanya, jika ada orang membuat klaim kenabian dan wahyu pada hari ini, apakah respon yang akan kita beri? Kalau di Malaysia, sememangnya orang itu akan ditangkap dan didakwa ‘mengganggu keharmonian masyarat dan melukakan sensitiviti umat Islam’!

Tetapi, kalau kita fikirkan, itulah yang berlaku. Muhammad ibn Abdullah telah menerima lima ayat yang kononnya daripada Tuhan. Tiada siapa yang menjangkakan yang dia akan membuat klaim kenabian. Walaupun dia terkenal sebagai orang yang dipercayai, dia

Menurut sirah tradisional, dia telah pergi bertapa dalam gua Hira’. Dia telah didatangi malaikat Jibril. Jibril telah menyuruhnya ‘membaca’. Dia menjawab yang dia tidak tahu membaca. Beberapa kali perintah ini dibacakan barulah Muhammad membacakanb

Cerita ini tidak masuk akal di atas beberapa sebab.

Bentuk Jibril ialah mempunyai enam ratus sayap. Bagaimanakah

Muhammad dikatakan buta huruf. Maksuf

Bhg 4 – Mengapa Saya Menolak Teori Al-Quran dari Islam Tradisional: Cerita Latar Belakang Naratif Teks

“Kenapa kamu nak memandai cipta teori sendiri padahal para ulamak telah mengajar cara pembacaan dan pentafsiran Al-Quran yang asli daripada Nabi Muhammad sendiri selama 1500 tahun!”

Inilah bantahan yang saya kerap terima dari para penganut Islam Tradisional (4S – Sunni, Syiah, Salafi, Sufi). Poin yang diberi di atas bukan tidak ada logiknya. Kalau benar ulamak mengajar tafsir sebenar Al-Quran dari Muhammad ibn Abdullah, sebagai penerima Al-Quran yang pertama, maka dia adalah orang pertama memahami dan mentafsirkan teks ini. Sekurang-kurangnya, pandangannya patut difikirkan dengan teliti dan diterima jika masuk akal.

Tetapi sebelum kita meneliti fahaman dan tafsir yang kononnya dari Nabi, kita mesti menganalisa cerita latar belakang naratif (background narrative) Al-Quran sendiri. Analisa ini menyoal pensejarahan (historicization) kitab ini. Sudah berzaman, kita sering mendengar pengkritik Islam bertanya tentang cerita latar belakang bagaimana Muhammad menerima Al-Quran. Apakah simtom yang dialaminya seolah-olah dia mengalami serangan epilepsi, respon emosi yang diberinya ketika penerimaan itu dan sebagainya. Semua kritikan itu berpunca dari maklumat yang didapati dalam warisan ilmu Islam sendiri maka tidak dapat dinafikan.

Saya sebenarnya telah berhadapan dengan persoalan-persoalan ini pada tahun 1996 dulu semasa membaca novel kontroversi, The Satanic Verses karangan Sir Salman Rushdie. Ia memaparkan cerita penerimaan wahyu Nabi Muhammad dengan penuh parodi. Novel ini telah menterbalikkan naratif Sirah Nabawiyah dan menimbulkan banyak tanda tanya akan kesahihan cerita latar belakang Al-Quran lalu mempersendakan keasliannya sebagai wahyu. Dan bukan mudah kita hendak menangkis kritikan ini. Walaupun ia parodi, ia berdasarkan cerita yang terdapat Sirah Nabawiyah sendiri seperti kritikan Orientalis.

Teknik analisa saya pada masa itu adalah teknik ‘tawajud (existentialisation)’. Ia adalah asas kepada teknik saya pada masa sekarang juga. Namun, pada masa itu, saya belum mencipta terma ini. Saya hanya membayangkan bagaimana kita dapat mengetahui sama ada sejarah ini benar atau tidak. Sejarah itu laporan dan laporan mungkin benar, mungkin tidak.

Teknik saya melibatkan ‘pengkinian’ (presentisation) iaitu membayangkan diri kita hidup pada zaman Nabi Muhammad. Apakah respon kita kepada situasi itu jika kita wujud pada zaman penurunan Al-Quran? Teknik ini akan mengeluarkan apa saja emosi yang diwarisi kerana pada masa itu, belum ada apa-apa lagi sentimen daripada fenomena tersebut. Hanya dengan peredaran masa, ia akan menjadi satu objek yang menimbulkan perasaan yang diwarisi. Ini dapat dibuktikan bila kita memikirkan tentang respon golongan Muslim terhadap pembakaran mushaf Al-Quran. Walaupun mereka mungkin tidak memahami maksud teks, namun emosi mereka akan menjulang dan mereka mengamuk dan merosakkan harta benda awam. Namun, mereka tidak beremosi apabila ajaran Quran dilanggari seperti keberadaan aktiviti rasuah, menghina agama lain, rasisme dan sebagainya. Ini adalah kerana Al-Quran hanyalah artifak agama kepada mereka.

Maka, dalam kes penerimaan wahyu, kita sepatutnya bertanya, jika ada orang membuat klaim kenabian dan wahyu pada hari ini, apakah respon yang akan kita beri? Kalau di Malaysia, sememangnya orang yang membuat klaim itu akan ditangkap dan didakwa ‘mengganggu keharmonian masyarat dan melukakan sensitiviti umat Islam’!

Tetapi, kalau kita fikirkan, secara zahirnya, itulah yang berlaku dengan Al-Quran. Muhammad ibn Abdullah telah menerima lima ayat yang dikatakannya daripada Tuhan. Tiada siapa yang menjangkakan yang dia akan membuat klaim kenabian sebelum peristiwa tersebut. Walaupun dia terkenal sebagai orang yang dipercayai, dia tidak pernah klaim membawa ayat, apatah lagi kitab daripada Tuhan.

Berikut, saya akan meniliti cerita dari Sirah tentang peristiwa penerimaan wahyu pertama. Sumber saya ialah Ar-Raheeq Al-Makhtum (RM), iaitu biografi Muhammad ibn Abdullah oleh Saifur Rahman  Mubarakpuri. Buku yang diterbitkan pada 1976 ini telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis biografi Muhammad pada tahun 1979. Ia bersumberkan sumber-sumber asal dari At-Turath (warisan ilmu Islam) dan sangat terkenal di serata dunia dalam bentuk terjemahan. Saya akan memberi pernyataan dari RM dan menyatakan komen atau pertanyaan saya

Menurut RM, Muhammad ibn Abdullah telah pergi bertapa dalam gua Hira’, iaitu suatu gua yang kecil di Jabal Nur, tidak jauh dari kota Mekah. Ini memang telah menjadi kelazimanya semejak mendekati umur 40 tahun.

Sebelum peristiwa penerimaan pertama itu, Muhammad telah menerima visi-visi (visions) yang kononnya menandakan kedatangan kenabiannya.

Soalan 1: Jika ini benar, maka Muhammad tidak patut terkejut apabila peristiwa penerimaan Al-Qyran berlaku. Seorang yang mempunyai darjat penerima visi sepatutnya dapat mengenali apabila dia menerima wahyu. Namun, Muhammad telah merasa takut dan menggigil (sila lihat di bawah) apabila berjumpa Jibril.

Pada malam 21 haribulan Ramadhan, tahun 610 masihi, dia telah didatangi malaikat Jibril semasa bertafakur dalam gua itu.

Soalan 2: Menurut banyak jawapan yang diberi oleh ulamak, malam laylatul qadr (iaitu bila Muhammad menerima Al-Quran) boleh terjadi pada
a. bila-bila dalam bulan Ramadhan
b. di hujung Ramadhan
c. dalam malam bernombor ganjil dalam bulan Ramadhan
d. malam kedua puluh tujuh bulan Ramadhan
Mengapakah fakta yang penting ini yang kononnya dapat membawa pahala seribu bulan tidak direkodkan dan dibiarkan menjadi teka-teki? Jika benar ia malam penuh keberkatan, maka apakah poin tarikhnya tidak direkodkan dengan sempurna?

Seterusnya, RM memetik pernyataan Aishah bint Abu Bakr yang mengatakan, malaikat Jibril telah mendatangi Muhammad dalam gua.

Soalan 3: Apakah bentuk Jibril pada ketika itu? Hadis dari Sahih Bukhari mengatakan yang dia ada 600 sayap yang menutupi satu ufuk. Bagaimanakah gergasi sedemikian boleh memasuki gua?
Ataupun Jibril mengambil forma manusia seperti dalam Hadith jibril iaitu lelaki berpakaian putih. Jika ini forma Jibril pada ketika itu, mengapa Muhammad merasa takut pula? Adakah ini kali pertama manusia lain memasuki gua itu?

Menurut RM, Jibril telah menyuruh Muhammad, ‘bacalah’. Muhammad pula menjawab ‘aku tidak boleh membaca’. Jibril memeluknya dan mengulangi perintah ini. Muhammad mengulangi jawapannya sekali lagi. Jibril memeluknya buat kali kedua dan mengulangi perintah ini. Muhammad mengulangi jawapannya buat kali kedua. Akhirnya, Jibril memeluknya buat kali tiga and mengulangi perintahnya, kali ini:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, –
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Ayat-ayat ini kemudiannya menjadi Surah Al ‘Alaq, Ayat 1-5.

Soalan 4: Mengapa Jibril tidak memperkenalkan dirinya dahulu? Tidakkah dia menjangkakan yang Muhammad akan terkejut jika dia hanya terus memberi suruhan itu?

Soalan 5: Mengapa Jibril menyuruh Muhammad supaya ‘baca’ sedangkan Jibril yang menjadi utusan Allah sepatutnya tahu yang Muhammad buta huruf?

Soalan 6: Jika perintah membaca ialah untuk membaca secara biasa (reading, not declaring), siapa yang menulis teks Jibril dan di mana teks itu sekarang?

Soalan 7: Jika maksud perintah membaca selain dari maksud biasa, mengapa Muhammad menjawab ‘aku bukan dari kalangan pembaca’?

Soalan 8: Jika maksud perintah membaca selain dari maksud biasa seperti memberi deklarasi, mengapa Muhammad tidak dapat berbuat demikian padahal dia buta huruf tetapi boleh bercakap?

Soalan 9: Mengapa Muhammad membenarkan Jibril memeluknya padahal dia tidak tahu siapa Jibril? Jika dia tahu, mengapa dia kemudian takut menggigil?

Soalan 10: Mengapa Jibril terpaksa memeluk Muhammad sampai tiga kali sebelum membacakan ayat Al-Quran itu? Jika Jibril utusan Tuhankan membawa Al-Quran, kenapa tidak membacakan ayat sahaja?

RM seterusnya menceritakan yang Muhammad terus pulang kepada isterinya Khadijah yang menyelimutinya dan menenangkan dirinya. Khadijah membawa Muhammad kepada sepupunya, Waraqah ibn Naufal. Waraqah, seorang pemeluk agama Kristian, telah memahami yang Jibril itu Namus, malaikat yang telah pergi kepada Nabi Musa sebelumnya.

Soalan 11: Bagaimanakah Waraqah boleh tahu siapa malaikat itu sedangkan Jibril tidak pernah memperkenalkan dirinya dan cerita dalam Bible (Exodus 3/2) tidak berkait langsung dengan kejadian yang berlaku kepada Muhammad?

Soalan 12: Mengapakah Muhammad sendiri tidak terasa tenang dan tunduk (sajda) kepada Tuhan walaupun itulah respon sebenarnya dari Quran sendiri apabila menerima ayat (13/28, 17/107-109) dan bagaimanakah dia harus mentafsirkan ayat-ayat yang diterima sedangkan dia tidak ada keseluruhan surah jauh sekali teks Al-Quran (kerana tafsir paling ampuh ialah tafsirul Quran bil Quran)?

Soalan-soalan saya telah menunjukkan yang cerita penerimaan wahyu mempunyai banyak kontradiksi dan lemah dari segi logikal .Cerita ini berkemungkinan telah diada-adakan sebagai satu cara untuk meyakinkan orang tentang kesahihan Al-Quran. Malangnya, efeknya terbalik. Cerita ini menimbulkan terlalu banyak tanda tanya dan dapat membuatkan orang Islam menolak Al-Quran bulat-bulat.

About Farouk Peru 14 Articles
Editor dan penulis utama Wacana Pemikir Jaringan Quranis Bersatu

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*