
Ada orang Melayu berkata, “Di Malaysia semua Muslim berhak menyebarkan ajaran agama Islam kepada mana-mana penganut agama selain Islam. Tetapi semua orang bukan Islam tidak berhak menyebarkan ajaran agama seĺain Islam kepada mana-mana Muslim”.
Lalu orang bijaksana membidas, “Secara psikologinya, orang Melayu seperti itu hanya ingin dirinya didengari tetapi tidak mahu mendengar. Tidak ada psikologi yang lebih bodoh dan lebih sombong melainkan psikologi jenis itu. Bangsa yang berpsikologi seperti itu pasti akan mundur dan musnah jika tidak mahu berubah”.
Jika orang Melayu seperti itu membawa imej Islam, maka dia telah menghina Islam apabila orang-orang bukan Islam menyangka bahawa Islam mengajar para penganutnya untuk bertindak zalim seperti itu. Lebih buruk lagi bila Islam tertohmah sebagai agama yang mendidik penganutnya menjadi mulut murai bertelinga kuali. Iaitu sangat ingin didengari tetapi sangat tidak mahu mendengar. Tidak ada makhluk yang lebih buruk berbanding itu.
Padahal Al-Baqarah 2:111 dan ayat Al-Qasas 28:49 menjadi bukti bahawa ajaran selain Islam dibenarkan untuk disebarkan kepada Muslim. Maka jangan salahkan bangsa Cina jika mereka bersatu padu mendiskriminasi graduan Melayu dalam pengambilan pekerja. Siapa yang kuat mendiskriminasi paling layak didiskriminasi.
Leave a Reply