Gejala Khabar Angin di Kalangan Masyarakat Melayu Islam

Di suatu masa dahulu, khabar angin amat susah disebarkan kerana penyebar perlu bersemuka dengan penerima khabar-angin tersebut. Apabila bersemuka maka si penerima boleh meneliti air muka orang yang membawa berita tersebut, dan menilaikan dengan cepat samada berita yang diterima adalah benar atau tidak. Jika penerima berperasaan was-was atau si pemberitahu dikenali sebagai seorang yang tidak begitu jujur, maka berita yang diterima itu boleh diabaikan. 

Jika merasakan berita tersebut hendak disebarkan kepada lebih ramai orang, maka penerima itu terpaksa menulis semula berita tersebut dalam bentuk surat dan mengeposnya ke ratusan alamat yang ditujukan, dan ini memakan masa dan perbelanjaan kos hantaran pos. Suratkhabar yang berintegriti pula tidak akan sewenang-wenangnya menyiarkan berita yang tidak disahkan kebenarannya.

Tetapi setelah kebangkitan zaman internet, kita telah dimanfaatkan dengan perisian-perisian yang membolehkan penyebaran berita dengan cepat dan murah, kepada ratusan ahli mayarakat dengan serta merta. Mereka yang menerima berita tersebut pula tidak perlu bersemuka dengan pembawa berita, dan jika seseorang itu orang yang ternama, dipercayai, atau mempunyai sesuatu kelayakan atau status – maka berita tersebut akan diterima tanpa soal.

Maka timbullah gejala khabar angin di kalangan masyarakat, terutamanya sesuatu masyarakat yang telah di didik untuk tidak mepersoalkan seorang ulama atau orang tua. Secebis berita samaada benar atau tidak akan tersebar dengan cepat, terutamanya jika sumbernya adalah dalam kalangan rakan kita. Malah, sebuah kajian oleh MIT di Amerika Syarikat1 mendapati bahawa kebatilan merebak lebih cepat daripada kebenaran.

Mengapa ini berlaku, dan apakah panduan Al Quran dalam hal ini?

Ini berlaku kerana umat Islam tidak mengikut panduan Al Quran tentang berita yang diterima 

Dalam surah Al Isra ayat 36, tuhan berfirman

17:36 وَأُوحِيَ إِلَىٰ نُوحٍ أَنَّهُ لَنْ يُؤْمِنَ مِنْ قَوْمِكَ إِلَّا مَنْ قَدْ آمَنَ فَلَا تَبْتَئِسْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
17:36 Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

tambahan pula dalam surah An Nur, ayat 15

24:15 إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
24:15 Apabila kamu terimanya dengan lidah kamu, dan kamu kata dengan mulut-mulut kamu apa yang mengenainya kamu tidak ada pengetahuan, dan kamu mengiranya satu yang ringan, tetapi di sisi Allah ia adalah satu yang besar.

Ayat ini sepatutnya menghentikan semua khabar angin dan fitnah di kalangan umat Islam

Seterusnya, jika seseorang itu dikenali sebagai pembawa berita angin, kita perlu meneliti berita yang dibawa

49:6 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
49:6 Wahai orang-orang yang percaya, jika orang fasiq datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak timpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian jadi sesal daripada apa kamu buat.

Bagaimanakah kita hendak mengetahui samaada seseorang itu fasik, jika kita tidak pernah meneliti berita yang dibawa olehnya? Cuba perhatikan gambar yang terterap di wacana ini – mereka² itu telah dibuktikan fasik.

Akhirkata, orang-orang yang diberi petunjuk disebut di alam Surah Az- Zumar, ayat 18

39:18 الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ
39:18 Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itu, orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda.

Marilah kita bersama-sama membenteras gejala kabar angin dan fitnah di kalangan masyarakat Melayu Islam.

[1] https://news.mit.edu/2018/study-twitter-false-news-travels-faster-true-stories-0308

About Farouk Peru 14 Articles
Editor dan penulis utama Wacana Pemikir Jaringan Quranis Bersatu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*