“How to…” dengan Al-Quran

oleh MvZ

“How to…?” adalah ayat yang sering kita gunakan untuk mencari suatu jawapan bagi
menyelesaikan masalah kita. Begitu juga ada kaitan yang sangat mendasar apabila kita ingin
mengetahui makna dan fungsi sebenar Al-Quran. Keilmuan manusia terletak pada keinginan
kita untuk mencari kebenaran, iaitu jawapan, dan lawannya adalah kebatilan atau masalah.
Apabila kita ingin jawapan, mesti ada masalah, sebaliknya apabila kita ada masalah, mesti
ada jawapannya. Bentuk dasarnya serupa, sama ada kita ditanya suatu soalan (timbul
masalah dimana kita perlu menjawabnya), kemudian kita mencari jawapannya merujuk
ilmu, pengalaman, atau sumber yang ada, atau apabila ditimpa masalah harian hidup
dimana kita mencari jawapan untuk menyelesaikannya.

Tetapi apa yang mungkin kita tidak sedar apabila mengolak-alik jawapan, masalah,
jawapan, masalah itu, ialah solusinya, iaitu penyelesaian kepada masalah, dan jalan-kerja
kepada jawapan yang diketahui. Jawapan tidak menjawab soalan jika kita tidak cuba
menjawabnya, dan soalan (masalah) tidak akan selesai jika kita tidak merealisasikan
jawapan. Kita mesti melihat dari sudut yang paling nyata/realistik dan konkrit jika kita

berpegang kepada kebenaran. Persoalan dia apakah masalah yang paling nyata atau realiti
dalam kehidupan kita yang telah diberikan jawapan dalam Al-Quran? Kemungkinan sebagai
individu yang mengkajinya telah mendapat jawapan dan solusinya, iaitu ia telah
menyelesaikan masalah krisis kewujudan, apakah tujuan hidup, dan lain-lain. Tetapi adakah
itu terbatas kepada skop yang kecil sahaja? Kita perlu meregangkan itu secara luas.

Dengan itulah dimana adanya prinsip yang merangkumi aspek-aspek masa dan
keadaan nyata yang menggesa kita: Iaitu keutamaan. Apabila kita menanyakan “how to…”
atau mencari jawapan, tidak kira perkara besar atau kecil, kita mengutamakan diri kita
untuk mencari jawapan kerana ingin menyelesaikan masalah kita dengan secepat yang
mungkin. Sebagai contoh, apabila tayar kenderaan kita bocor di tepi jalan raya: “How to
change a flat tire?” kemungkinan itu pencarian kita di internet, dan ia bertindak balas
dengan keadaan terdesak kita. “How to become rich?” adalah soalan untuk menyelesaikan
ekonomi kita. Rata-rata kita hanya mencari kebenaran yang tertentu berkenaan dengan
situasi yang terjadi secara tiba-tiba atau terikat terhadap hidup harian personal kita sahaja.

Allah yang berkedudukan “‘alaa kulli shai-in” (atas segala sesuatu) dan sebagai
“Rabbil ‘aalameen” (Tuan (Pengatur) alam semesta) sudah tentu yang “Al-Haqq” (Maha
Benar) dengan jawapanNya, maka Dia telah memberikan jawapan kepada masalah yang
lebih merangkumi dan besar dalam kewujudan ini. Jika kita lihat realiti dunia, perkara yang
merangkumi segala aspek sosial, ekonomi, kesihatan dan sebagainya berada dalam satu
sistem iaitu suatu pengaturan bermula dari diri kita, kemudian pasangan, keluarga,
masyarakat, negara, dan dunia. Demikian masalah yang besar adalah sistem itu dimana

manusia yang saling merosakkannya terhadap apa yang didapati di sekeliling hidup kita, (Ar-
Rum 30:41).

Sistem itu adalah sebuah pengaturan untuk sesuatu itu teratur, bermakna ada
aturan yang harus diatur, justeru mestilah ada peraturan atau hukum yang telah ditetapkan.
“Al-Quran” adalah sebuah bacaan, “Qara’a”: Baca, “Iqra”: Bacalah. Baca apa? Secara umum

kita membaca kitab itu untuk mendapat kebenaran dan petunjuk, ada yang membaca untuk
pahala, ada yang membaca untuk memahami, menafsir dan ada yang membaca untuk
bersyair. Tetapi, perkara yang tidak disedari adalah kita hanya membaca ayat-ayat, tulisan,
atau dakwat sahaja, kerana Al-Quran itu adalah sebuah bacaan masalah atau dunia realiti
kita. Bermakna ia adalah sebuah bacaan fenomena alam. Demikian apabila kita membaca
kitab itu, kita sedang membaca alam.

Oleh itu, masalah besar yang dapat dikenalpasti secara luas adalah kerosakan
didalam alam itu sendiri, daripada azab Allah akan kerana tangan-tangan manusia seperti;
kezaliman politik, krisis sumber kehidupan manusia, kerosakan atau kekacauan
ketenteraman sosial, dan sebagainya. Maka, Al-Quran itu harus difungsikan dengan
mendasarkan ia sebagai kitab panduan (manual) yang menjawab persoalanan “how to solve
world problems”, “how to bring peace to mankind” dan hal-hal yang berkaitan. Ia adalah
sebuah kitab instruktional yang membimbing dan memberi petunjuk dan kebenaran
terhadap masalah-masalah itu. Al-Quran itu adalah cerminan alam, maka kebenaran itu
terletak pada alam. Bagaimana untuk buktikannya? Kebenaran Allah akan datang pada kita.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*