Al-Quran: Satu Penilaian Semula (Bhg 6: Panggilan-panggilan Dalam Al-Quran)

Dalam kehidupan seharian, apabila kita mengkehendaki perhatian daripada sesorang, kita akan memanggil kepadanya. Dalam bahasa kita, kita mungkin akan memanggil ‘hoi’ atau jika lebih bersopan, ‘assalamu ‘alaikum’. Dalam bahasa Arab, dari dahulu sehingga sekarang, ia menggunakan kalimah ‘yaa’ untuk memanggil perhatian seseorang.

Al-Quran juga menggunakan protokol ini. Ia mengandungi beberapa jenis panggilan untuk mendapatkan perhatian Si Pembaca dalam pelbagai peranan hidup. Sama juga dengan Si Pembaca membacakan ayat-ayat yang mengandungi sesuatu kepada  orang yang berkenaan. Ia akan menarik perhatian orang-orang tersebut dan membuat mereka tekun mendengar ucapan itu.

Di samping itu, panggilan-panggilan ini dengan semulajadi menjadi pembahagi segmentasi (dividers into segments) dalam sesuatu bab dalam Al-Quran. Ini adalah kerana panggilan-panggilan merupakan permulaan dalam sesuatu ucapan. Maka, setiap ayat selepas sesuatu panggilan itu akan terikat kepada panggilan dari segi identiti pembaca. Contoh terbaik bagi saya untuk memerhatikan fakta ini ialah Al-Baqarah yang pembahagiannya amat ketara. Al-Baqarah terbahagi kepada 16 bahagian dengan pembukaan dan penutup. Kesinambungan discoursenya amatlah terserlah apabila kita meneliti panggilan-panggilan ini.

Mungkin apa yang paling bermanfaat dalam menghayati panggilan-panggilan ini ialah hakikat yang Al-Quran itu senantiasa kini (ever present). Ini adalah kerana, jika ada panggilan, maka mestinya ada pembaca/pendengar/penghayat. Ini adalah kemestian kerana jika ia tiada, maka sifat relevan Al-Quran akan terbantut. Al-Quran itu teks yang hidup dan memanggil kita dalam pelbagai peranan hidup.

Mari kita menganalisa beberapa panggilan dalam Al-Quran:

A. Panggilan kepada manusia (yaa ayyuhan naas): Panggilan ini merupakan yang pertama dalam Al-Quran iaitu dalam Al-Baqarah 21. Ia merupakan panggilan untuk manusia tanpa mengira agama. Maka, suruhan yang diberi ialah am dan bukan spesifik kepada orang yang percaya sahaja.

Segmentasi panggilan pertama ini ialah 2/21-39. Ia bermula dengan menyuruh manusia beribadat kepada Allah agar mereka terpelihara (2/21). Seterusnya, ia mengingatkan manusia tentang situasinya dalam hidup (2/22). Justeru itu, ia mencabar manusia untuk membawa falsafah yang sama dengan hakikat ini (2/23). Ia juga mengandungi cerita Adam yang merupakan falsafah manusia hidup di bumi sebagai khalifah.

B. Panggilan kepada Bani Israil (Yaa Bani Israil): Bani Israil bukanlah satu puak Yahudi kuno tetapi manusia yang telah jatuh dalam perhambaan hidup and mahu berjalan untuk melepaskan diri ke arah kemerdekaan. Dalam panggilan pertama kepada mereka (2/40), mereka diseru untuk menghidupkan nikmat Tuhan mereka and melunaskan perjanjian mereka dengan Allah.

Segmentasi panggilan pertama kepada Bani Israil ini ialah pendek sahaja (2/40-46) dan memberikan mereka langkah-langkah untuk kembali ke syurga dunia dari mana Adam jatuh. Mereka diseru untuk percaya kepada penurunan dari Tuhan (2/41), untuk tidak memakaikan kebenaran dengan kebatilan (2/42), mendirikan perhubungan dengan kebenaran, membawa pembaikian (betterment) and patuh bersama dengan orang patuh (2/43).

C. Panggilan kepada Orang Yang Telah Percaya (Yaa ayyuhalladhina Aamanoo): Inilah panggilan terbanyak dalam Al-Quran iaitu lebih kurang 90 panggilan. Kenapa ia berada dalam kerja kerja lepas (verbal past tense). Kerana ia merujuk kepada orang-orang yang telah mengamani (secured) maklumat atau suruhan yang lepas.

Panggilan pertama kepada orang yang telah percaya ialah di 2/104. Ia bercakap kepada orang-orang yang telah mengamani atau mengimani segmen panjang sebelumnya iaitu 2/47-103. Segmen ini menceritakan tentang bani israil dan perjalanan mereka untuk kembali kepada kegemilangan mulku sulaimaan (kingdom of Sulaiman) dalam 2/102-103. Maka sesiapa yang memahami, mengimani and mengamani segmen ini, disuruh mengikut suruhan dalam segmen seterusnya iaitu 2/104-121.

Dalam bab seterusnya, kita akan mengkaji panggilan-panggilan yang lain.

About Farouk Peru 14 Articles
Editor dan penulis utama Wacana Pemikir Jaringan Quranis Bersatu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*