
oleh Pedang Deen
Standard morality yang sepatutnya digarap menurut falsafah islam (bukan kaedah WASABI) adalah perlu bersaling kait dengan tasawwuf (bukannya Akhlaq versi WASABI)
Ada banyak definisi dan pemahaman perihal perkataan ini, tetapi semuanya akan berbalik kepada permurnian jiwa + raga (bukan jiwa sahaja) , yakni dalam bahasa “alquran”nya (bukan bahasa arab) iaitu “tazkiyatun nafs” / تزكية النفس
Ia juga boleh difahami sebagai : jiwa dan raga yang murni, di mana induk kepada-nya adalah “memahami” dan juga “kesepakatan” yang lahirnya dari hati “nurani”.
Perkara ini sebenarnya telah “lama” lahir dalam bangsa Melayu (yang sudah diabaikan oleh kita sejak sekian lama) seperti pepatah “cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar”, yang mana sekiranya kita “aplikasikan” nasihat ini, sudah pasti kita akan cuba sedaya upaya “menyampaikan” sesuatu yang ada “isi”, yang ada “maksud”, dan pendengar/penerima pula akan menghadam penyampaian tersebut sebelum memberi respon (sesuai dengan hal dan keadaan kita dalam media sosial ini)
Untuk melahirkan “jiwa dan raga yang murni” ini, suka saya “naqal”kan suatu mesej yang berupa seperti berikut :
لُقۡمٰن 31:12
وَلَقَدۡ اٰتَيۡنَا لُقۡمٰنَ الۡحِكۡمَةَ اَنِ اشۡكُرۡ لِلّٰهِؕ وَمَنۡ يَّشۡكُرۡ فَاِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهٖۚ وَمَنۡ كَفَرَ فَاِنَّ اللّٰهَ غَنِىٌّ حَمِيۡدٌ
Dan sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu, “Bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Mahakaya, Maha Terpuji.” (Terjemahan Indonesia)
Memahami – kesepakatan – kesyukuran
Kesyukuran dalam falsafah Alquran adalah “terima dan kasih/terima kasih”, maka boleh juga disimpulkan seperti berikut
Memahami – kesepakatan – terima dan kasih
Sekiranya tiada “kasih” dari hati terhadap apa jua penerimaan yang dizahirkan dalam kehidupan, sudah pasti sifat memahami dan kesepakatan tidak akan terzahir, kerana suatu yang lahir dari hati yang nurani (yang jernih) , pasti akan melahirkan saling memahami dan kesepakatan , begitu juga sebaliknya
Antara lain yang berkait dengan tasawwuf adalah rukun muraqabah dan musyahadah, yang mana ia membawa kepada kedekatan diri kita terhadap sesuatu perkara yang boleh membawa kepada saling memahami, dan juga pengesahan atau penyaksian sesuatu perkara yang boleh membawa kepada kesepakatan. Dalam erti kata lain, kita perlulah membawa Diri kita ke arah releven dan realistik, walaupun harusnya(tidak realistik dan releven) tetap ada, asbab hal dan keadaan yang berbeza
Itu belum lagi kita kupas dari sudut konsep yang telah lama dipinggirkan oleh Melayu kita, yakni
“Adat bersendikan syara”
Yang mana ia lahir dari budaya dan seni kita suatu masa dahulu, yakni “keseimbangan” antara pembawakan jiwa dan raga yang tidak “tersekat” dek kerana “ketaksuban” terhadap pemikiran binary dalam berugama dan kepercayaan
Leave a Reply